Baby

Tak ramai yang tahu, nama manja aku : baby. Kenapa 'baby' ? Tanya la mok dan ayoh aku hahaha. Tak tahu juga sebab apa nama manja aku 'baby'. Pernah tanya dekat mok dan ayoh, dan mereka jawab, sebab kakak-kakak aku waktu tu sangat teruja bila aku lahir sampai selalu panggil aku 'baby' dan nama 'baby' tu lekat dekat aku sampai besar.

Some of my family didn't know my name. When they meet me, they just known me as 'baby' not Naqiah. Sebab dah biasa dah bila jumpa kawan-kawan lama mak, mereka akan tanya "mana satu Baby?" bila aku jawab "saya" dan mereka akan tanya "nama apa?" hahaha berbeza dengan kakak-kakak dan adik-adik aku. Mereka akan tanya "mana Nisa?" "mana Najihah?" "mana Amira? mana Afif?" walhal kakak-kakak dan adik-adik aku ada nama manja juga.

Nisa : Kakak
Najihah : Kakyong
Amira : Ieya
Afif : Adik
Aku? : Baby

Tak, tak. Aku bukan anak bongsu. Aku anak ke 3 dari 5 adik beradik. 2 kakak dan 1 adik perempuan dan satu adik lelaki. Yang bongsu, lelaki. 4 perempuan 1 lelaki. Sweet kan?

Perasaan dipanggil 'baby' ?

Hmmm dulu waktu aku sekolah rendah, aku sekolah di sekolah mak aku mengajar. Uish seronok bila jadi anak cikgu ni. Popular. HAHAHA. Dan tak ada orang yang berani cari pasal dengan aku. Mak aku, boleh dikategorikan cikgu yang garang. Suara mak aku bila mengajar, satu sekolah boleh dengar (tak tipu) haha kadang-kadang tu boleh jejak mak aku di kelas yang mana hanya dengan mendengar suara mak aku.

Mak aku, tak kisah la dekat sekolah ke kedai ke mana-mana ke, tetap akan panggil aku 'baby' sampai semua cikgu tahu nama manja aku. Bukan setakat cikgu, makcik kantin pun tahu. Setiap kali tengahari, kena makan dulu sebelum ke sekolah agama petang. Setiap kali sampai jee kantin, makcik kantin akan "Baby, makanan awak dekat dalam bilik makan guru tu tau. Pergi amik" ha special betul jadi anak cikgu ni. Tapi aku dan geng-geng anak cikgu yang lain jarang makan di bilik makan guru tu sebab segan ramai cikgu.

Waktu sekolah rendah, aku malu bila mak panggil aku 'baby'. Serious malu. Sampai ada budak-budak  lelaki tak cukup kasih sayang suka mengejek aku dengan nyanyi lagu BABY KIKO. Pebenda tah. Tak matang hahaha. Aku pernah merajuk sebab nama manja aku 'baby'. Sampai suruh adik-adik aku praktis panggil aku "kak ngah" nak bagi gelaran 'baby' tu hilang. Tapi tak kekal pun 'kak ngah' tu hahaha.

Bila dah masuk sekolah menengah, perasaan malu dipanggil 'baby' makin hilang dan aku makin suka dengan nama gelaran aku. Sebab makin suka? Sebab aku rasa disayangi dan rasa special dipanggil 'baby'. Memang macam MANJA tapi aku tak ada lah manja sangat pun. Cuma mudah nangis dan mudah terasa hati je. Tapi secara diam. Tak ada la mengamuk macam budak kecil betul pun. Kekadang je mengamuk macam tu hahaha biasa ah kan.

Tak ramai yang tahu tapi sekarang aku nak bagi tahu kepada awak yang sedang baca entry ni, bahawasanya nama manja saya ialah BABY. Kenapa nak bagi tahu?

Sebab pernah berlaku, aku tengah syok meeting tetiba mak aku call takkan taknak jawab kan aku jawab la pastu aku cakap "baby ada meeting ni nanti baby call semula" (sleng ganu) dan aku tak perasan aku cakap kuat dan semua pandang aku dan some of them cakap "amboi dalam meeting pun nak jawab panggilan pakwe siap ber baby baby menyampah" fuh sakit hati sebab main tuduh macam tu ergh pastu dekat situ juga aku menangis hahaha gedik tak?

Semua ahli kaum kerabat aku, panggil aku 'baby'. Atok, nenek, pakcik, makcik, sepupu sepapat, nenek saudara atok saudara, sepupu kepada ayah, sepupu kepada mak ha siapa lagi semua la kaum kerabat di Besut tu! Semua panggil aku 'baby'. Macam aku cakap tadi, aku dikenali sebagai 'baby' bukan 'naqiah' walaupun nama aku 'naqiah' hahaha.

Sebab tu kadang-kadang kalau di FB ke IG ke mana-mana ke kalau ada lelaki yang komen dekat status aku ke gambar ke dorang akan panggil aku 'baby' 'bebi' 'b' dan seangkatan dengannya. Aku tahu je ada yang salah faham sebab ye lah lelaki panggil 'baby' mesti la orang fikir "pakwe kot". Kan kan kan? Nak buat macam mana. Dah mereka dari aku kecil sampai ke besar ni memang panggil aku 'baby'.

Nama 'baby' ni, aku dah tekad nak kekalkan sampai aku mati. Sepupu aku yang kecil-kecil, panggil aku 'kak baby'. Dan sekarang, aku ada anak saudara, dorang pun panggil aku 'Che Baby' dan nanti bila aku ada cucu saudara, aku nak dorang panggil aku 'Nek Baby' HAHAHAHAHA eh suka hati aku laa nak letak nama apa pun.

Pakcik makcik aku, ada gelaran masing-masing. Contoh, pakcik aku, kami panggil dia Ayoh Do. Bila dia kahwin, isterinya kami panggil Che Do. Jadi aku terfikir, nanti bila aku kahwin, anak saudara aku nak panggil apa dekat suami aku? Ayoh Baby? HAHAHA k tak kelakar.

TAPI ENGKORANG YANG LELAKI YANG TAK ADA KAITAN DENGAN AKU TU TAK PAYAH NAK MENGADA-NGADA NAK PANGGIL AKU BABY. ENGKORANG JANGAN INGAT AKU SUKA. KELUARGA AKU JE BOLEH PANGGIL CAMTU. ARASO?! BAGUS.