Bila Iman Berbicara

Teringat waktu di Morib ketika kem Smart MPP selama 3 hari 2 malam. Kejadian ni buat naqiah fikir, oh begini bila iman kita berbicara.

Waktu di Morib, MPP muslimat dapat 2 apartment (satu apartment 5 orang) dan ketika itu, naqiah dapat satu apartment dengan Faten, Kak Becca, Kak Shu dan Kak Mai. Ada 3 bilik dalam satu apartment. Dua bilik ada 2 katil single, 1 bilik ada 1 katil single. Ruang tamu luas, dapur cantik. HAHAHAHA saja nak promote. Selesa beb. Pergi la bercuti dekat sana hahaha.

Naqiah seorang bila berada di tempat baru, malam pertama tu memang susah nak tidur. Kalau susah nak tidur, naqiah akan pasang apa-apa movie sebagai peneman sampai ke pagi. Selalunya laptop akan mati sendiri sebab tak ada battery.

Jadi malam pertama di Morib tu, naqiah tak dapat tidur walaupun seharian dengar slot. Badan letih, mata ngantuk tapi tak mampu lelapkan. Sebab fikir benda bukan-bukan (saya suka berimaginasi dan fikir jauh hahaha). Jadi untuk hilangkan rasa takut tu, naqiah buka la laptop. Masa nak buka laptop tu, naqiah keluarkan siap siap charger. Allah izin, masa keluarkan charger, satu benda terkeluar dari beg laptop. APAKAH? jeng jeng jeng hahaha gediknyaa..





Tadaaaaa hahaha ini la benda nya. Tasbih. Cantik tak? hekhek. Jadi bila dah terkeluar dari beg laptop tu, mashaaAllah malasnya nak letak dalam beg laptop semula tu mashaaAllah terlalu malasnya hahaha walaupun sekejap je kalau nak letak. Disebabkan kemalasan, naqiah letak je la bawah bantal naqiah. Tak berzikir pun mashaaAllah teruk perangai hahaha.

Jadi keesokkan pagi tu, tasbih tu masih di bawah bantal. Lupa nak simpan dalam beg laptop. Allah nak uji sebenarnya kenapa lupa letak dalam beg laptop. Tengahari sabtu tu, naqiah dan Faten dan Kak Becca balik ke apartment sebab nak rehat dan tidur sekejap. Masa dah masuk bilik, Allah izin waktu tu kak becca minta jarum peniti dekat naqiah dan naqiah masuk la bilik nak amik jarum peniti tu. Dan kak becca ikut naqiah masuk bilik sekali. Allah izin, naqiah lupa letak dekat mana bekas yang naqiah letak jarum peniti tu dan masa naqiah cari-cari bekas tu, naqiah angkat bantal dan Kak Becca nampak tasbih yang cantik tu.

Masa dia nampak tasbih tu, terus dia tanya...

"awak memang selalu berzikir sebelum tidur ye? mashaaAllah bagusnya"

MashaaAllah, waktu tu naqiah terdiam. Waktu tu, syaitan menghasut suruh cakap "aah. naqiah memang selalu zikir sebelum tidur". Kwajo betul dia hasut macam tu... Tapi, iman lebih menguasai. Iman kata, untuk apa orang pandang hebat dekat kita sedangkan benda tu kita tak buat? Terus beristighfar dalam hati.

"mana ada kak becca. tuu semalam terkeluar dari beg laptop semalam. malas nak simpan semula hahaha"

"alaaaa tipu. awak saja tak nak riak kan"

hahahaha sumpah Kak Becca kelakar sebab blur blur camtu. Dia tak percaya tapi tak apa lah. Asalkan kita tak menipu. Tak dapat apa pun kalau menipu. Kan?

Beruntung la bila iman masih ada dalam diri kita. Itu tandanya, Allah masih sayang kita. Allah masih hadirkan hidayah dalam diri kita <3

2 comments: