Cinta Dalam Diam

Assalamualaikum awak...

TAZKIRAH JUMAAT

Saya sayang awak tapi awak tak sayang saya. 
hahahaahahaha
Okay bye





Jangan Duk Kalut ? (JDK) !




Naqia rindu dengan ukhuwah kita. Naqia rindu dengan kenangan kita bersama selama 3 minggu. Naqia rindu semua tu. Rindu sangat! Rindu nak makan bersama. Mandi bersama. Kejut kalian bangun subuh. Solat berjemaah bersama. Baca Mathurat bersama. Urut kalian bila mengantuk. Riadah bersama. Kenapa 3 minggu ? Kenapa mesti ada perpisahan ? Ya Allah , kalian sangat indah untuk Naqia. Tak dapat gambarkan syukur di hati Allah temukan kalian. Terima Kasih Ya Allah. Terima Kasih JDK.

Kem Kom yang dihormati. 3minggu menjaga adik-adik dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Melayan kerenah kami semua. Terima Kasih Abang Saiful Islam !

Timb Kem Kom kami (tudung cerah) yang selalu tersenyum dalam apa jua keadaan. Yang selalu nasihat kami. Yang selalu bantu kami. Yang sentiasa menghiburkan kami. Terima Kasih Kak Amnani ! Kami sayang Kak Am kerana Allah !

Penghulu kami yang bersemangat selama 3 minggu di JDK. Muhammad 'Azim , semoga Allah redha.

Sahibah-sahibah yang comel lagi solehah dan ayu JDK Zon Tengah 2013. Ana Sayang Antunna Semua kerana Allah !

Sahabat-sahabat JDK Zon Tengah 2013.

Kenangan yang tak dapat lupakan , ketika Naqia digigit kucing di tangan kanan yang sangat pedih sampai kena makan guna sudu. Time nak makan tu , terasa nak makan ikan tapi sebab guna sudu susah nak cubit ikan tu. Simpan je la hasrat untuk makan ikan. Tiba-tiba , datang sahibah naqia ni , tanya naqia "Awak nak makan ikan ? Meh saya tolong cubitkan ikan tu". Time tu perasaan terharu hanya Allah je tahu. Sahibah yang baru kenal dan masih dalam proses taaruf datang menghulurkan bantuan. 


Khidmat Masyarakat. Menjadi Kesukarelawanan untuk Majlis Perkahwinan Kak Izzah dan Ustaz Azizan. Penat memang penat. Tapi , kerana Ukhuwah Fillah itu , buat kerja bersama-sama , penat itu hilang. Terasa manisnya buat kerja bersama-sama. Bila lagi dapat jadi kesukarelawanan bersama-sama kan ?



Antum semua MANJA ni. Buang EGO tu. Antum semua EGO ni. Ayat yang tak dapat dilupakan. Abang Shahrul kita yang sangat tegas dan kelakar orangnya. 2 hari 1 malam di Hulu Perdik , banyak kenangan 'manis' nya. Tandas yang sangat 'moden'. Penuh pacat. Tiada lampu. Tempat solat yang 'lapang'. Semua itu kenangan dan PENGALAMAN. Yang paling indah , apabila kita bersama mandi air terjun yang indah! SubhanaAllah. Hilang semua kepenatan bila tengok air terjun ciptaan Allah itu. Jernih dan suci. Rasa macam nak pergi lagi tapi tak mau mendaki ! Haha. PACAT banyak. Trauma dah dengan pacat. Naqia orang pertama yang NANGIS sebab PACAT. Mana tak nya , naik sampai ke atas. GELI ! >.<


Okay. Focus pada airnya bukan pada orangnya (yang perempuan). Haha. Maaf ya Sahabat ambil gambar korang. Gambar sahibah punya tak ada. *SEDIH* Haaaa. Tu la air terjun yang sangat jernih. Tempat yang Sahabat tu duduk memang tempat yang best. Tempat meng'urut'. Tenang kalau duk kat situ. Boleh tidur sekali. Hehe. Jernih sangat. Kalau siapa yang perasan , kat batu-batu air terjun tu , ada 1 makhluk Allah yang sangat kecil bergerak-gerak. BANYAK. Bila tengok tu , macam tak sampai hati nak pijak batu tu. SubhanaAllah , indah sangat ciptaan Allah.


Ni lah Abang Shahrul. Ketua JuruLatih a.k.a JuruLetih kami selama 2 Hari 1 Malam di Hulu Perdik. Eheem. Dah kahwin ye. Anak baru sorang. COMEL anaknya ! Hehe. Eh , EGO ni.. MANJA antum ni. POYO semua. *Ayat Abang Shahrul* hehehe. Maaf ye Abang Shahrul. But , you are the BEST ! Jangan Duk Kalut (JDK) ! =D


ADIK-ADIKKU , InshaaAllah SOLEH ! Rindunya dekat adik-adik KASEH. Pengalaman yang paling manis juga. Allah bagi peluang kepada kami untuk jadi faci selama setengah hari pada program Kem Mini Anak Soleh a.k.a KASEH. Ini lah adik-adik kami yang SOLEH semua inshaaAllah. Rindu sangat dengan mereka. Rindu nak makan dengan mereka. Rindu nak ajar mereka membaca dan menghafal doa. Semoga adik-adik sentiasa soleh. Haaa , alang-alang , meh sini tengok video KASEH ---> http://www.youtube.com/watch?v=baok_s2xFIg&feature=youtu.be&a


Hari terakhir kami berkhidmat. Khidmat Masyarakat. 10 orang peserta sahibah ditugaskan berkhidmat di rumah Perlindungan. Hati mana yang tidak berdebar nak jejak ke rumah penuh barakah itu ? Alhamdulillah , Allah bagi naqia peluang untuk berjumpa mereka. Alhamdulillah juga kunjungan kami disambut dengan baik. Masuk je dalam rumah penuh barakah tu , kami jumpa dengan 2 bayi yang sangat comel dan tembam. Kami dihidangkan juga dengan karipap dan donut buatan sendiri. Sedap sangat. Licin ! hehe.

Dah nama pun khidmat masyarakat kan , apa lagi.. Kami diberi tugas la. Tugas apa ? Tu haaa ! Tengok gambar atas tu. Asingkan dan lipat baju yang masyarakat sedeqahkan pada mereka. BANYAK ! Penat juga. Tapi , bila ikhlas buat kerana Allah , rasa mudah je buat kerja. Lagi-lagi bersama dengan sahibah-sahibah. Sambil kerja nyanyi lagu BINGKAI KEHIDUPAN. Makin bersemangat. hehe

Dan inilah HASIL dari titik peluh KAMI berSEPULUH + DUA. 


Ni salah satu baby yang ada kat Rumah Perlindungan tu. Masa ni , baby ni tengah sedu. Kesian dia. Sampai nangis-nangis. Naqia memang suka budak-budak. Kalau kat kampung , naqia suka tidurkan baby. Sebab kesian kat baby ni , naqia dukung dia dan tenangkan dia. Dia kan sedu. Dada dia mesti sakit. Masa pegang dia , bawa dia jalan-jalan kat dapur tu , naqia cakap dengan dia. Naqia cakap "bila besar nanti jadi anak yang soleh pada ummi ya sayang". And guess what , he smiled. Ya Allah , time tu rasa nak nangis. Gambar ni ada dalam camera sahibah naqia. Penjaga rumah tu yang curi-curi amik. Hehe. Sahibah-sahibah naqia semua cakap , naqia dah boleh jadi 'ibu mithali' ni. Hehe. Amin~ Baby-baby kat sana semua comel-comel. Geram ! Rasa nak pergi lagi tempat tu. Allah , temukan aku dengan mereka lagi untuk eratkan lagi ukhuwah ini.


Program bersama HALUANITA. Seindah Mawar Berduri. Yang ni slot bab aurat , fesyen. Kumpulan 1 dapat tajuk "Fesyen Muslimah Sebagai Pegawai Besar" dan yeaaahh itu model kami ! hehe.


Bila tengok gambar sahabat menjahit ni , rasa macam lawak pula bila teringat kami (SAHIBAH) duk menjahit kat dewan. Masing-masing muka serious menjahit. Dewan memang sunyi. Bunyi lagu je~ Masing-masing focus. Al-maklumlah , nanti semua nak jadi ummi kan , nak jahit baju untuk anak-anak. Haha. Ambooiii. Okay abaikan.


Kak Izzah dan Ustaz Azizan , Barakaallah ! Mabruk ! Tahniah ! Semoga berkekalan hingga ke Syurga dan mendapat anak-anak yang soleh. Indahnya bercinta selepas Nikah. =)


Bergotong-royong membersihkan Kem Bumi Jati selepas majlis perkahwinan Kak Izzah dan Ustaz Azizan.


Tukang cuci pinggan cawan. Tanpa mereka , tetamu tidak dapat menjamah makanan. Cewaah~ Okay abaikan juga.


Modul JENAZAH. Fuhhhh. Memang menginsafkan diri kami semua. Time modul ni , naqia memang sangat focus. Nampak tak gadis bertudung biru tu ? Haha. Okay. Masa slot nak kapankan jenazah , naqia berdebar sangat dan naqia nangis. Ramai orang sangka naqia nangis sebab bayangkan mak naqia yang tengah dikapankan. Tapi sebenarnya bukan. Time sahibah naqia dikapankan , naqia nampak muka arwah makcik naqia yang naqia tak sempat jumpa. Arwah meninggal tahun 10/10/2011. Time tu , naqia kat asrama. Naqia tahu tentang kematian arwah seminggu selepas tu. Hati mana tak sedih kan ? Masa mereka tengah kapankan , naqia nampak jasad tu arwah Che Cik yang dikapankan bukan sahibah naqia. Sebab tu naqia nangis teresak-esak. Totally miss Che Cik. AlFatihah... ='(


Hamper pertama yang Kumpulan 1 (Atiqah Binti Zaid) dapat. Haha. Selama berada di JDK , setiap pertandingan yang ada , kumpulan 1 tak pernah dapat hadiah. Tak pernah dapat hamper macam kumpulan lain. Apa yang kami lakukan setiap kali KALAH ? Kami akan cakap , TAK PE. REDHA IKHLAS SABAR. hehe. Setiap kepahitan itu akan manis pada akhirnya. Alhamdulillah , masa majlis penutup , kami KUMPULAN 1 dinobatkan sebagai KUMPULAN PUTERI TERBAIK. TEMPAT PERTAMA. Kami semua tak pecaya langsung ! Haha. Syukur sangat kat Allah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah kan ? Terima Kasih JDK. =')

Ikutkan hati , nak aje kongsi semua benda yang berlaku kat sana. Setiap saat , setiap minit , setiap jam , setiap hari , setiap minggu , setiap detik , semuanya INDAH sebab semuanya NIAT KERANA ALLAH. Indah sangat dan tak mampu digambarkan. Kena lalui sendiri. Ya Allah , lindungilah mereka. Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja , terima kasih atas semuanya.

Ana , Khairunnaqiah Binti Mohd Sabri , dengan gembiranya ingin menyatakan , ana gembira berada di JDK selama 3 minggu. Tidak pernah terlintas sedikit pun dalam kepala ana untuk pulang ke rumah malah lebih sedih bila hari untuk pulang ke rumah makin dekat. Jadi , dengan ini , HALUAN , tolong aturkan banyak program , agar KAMI dapat berkumpul bersama di bawah REDHAI Illahi. Hehe. =)