Sahabat

Sahabat ini, yang memahami kita. Walaupun tidak memahami 100% tetapi masih tetap memahami. Yang sentiasa ada untuk kita saat kita kuat dan lemah. Yang sentiasa sokong kita. Yang sentiasa nasihat kita. Yang mendekatkan kita dengan Pencipta. Yang selalu ada untuk kita saat kita perlu. Saat berjauhan, tidak putus untuk saling mendoakan. Saat bertemu, menghargai setiap saat bersama.

Ini, adalah antara sahabat sahabat naqiah yang selalu ada untuk naqiah :)


Siti NorFirdaus :) naqiah panggil dia, Fida. Alhamdulillah, dah 9 tahun bersama dan mengharapkan sampai ke Syurga bersahabat. Macam mana boleh kenal? hihi. Kami kenal di Facebook pada tahun 2008. Lupaa siapa add siapa. naqiah kenal Fida dah lama dah. Sebab kami waktu sekolah rendah kami satu sekolah agama tapi tak sama kelas. naqiah kenal sebab Fida dulu pengawas sekolah. Pengawas kaaaann. Siapa tak kenal hahaha. Sama sekolah tapi tak pernah pun tegur. Allah izin, wujudnya facebook, kami berkenalan dan kami bersahabat. SAMPAI SEKARANG! Alhamdulillah.

Waktu dulu tak ada lesen kereta lagi, memang jarang jumpa. Waktu pertama kali jumpa, tahun 2011 di satu sekolah. Waktu tu, ada perlawanan bola jaring di peringkat Daerah. Masih simpan lagi gambar kali pertama kita jumpa :) Makin rapat bila Fida cakap dia nak berhijrah. Dulu dia pakai tudung biashe biashe jee. Dia cakap dengan naqiah, dia nak pakai tudung labuh tapi dia tak ada kekuatan. naqiah cakap dengan dia, "nak berhijrah ni memang susah. lagi lagi bila di sekeliling kita tak ada yang bertudung labuh. Don't worry, qia selalu ada untuk Fida". 

Naqiah hadiahkan dia satu tudung labuh warna hitam. Gigih weeehh malam-malam buta pergi rumah dia minta kakak bawa kan (tak ada lesen lagi) semata nak hantar tudung labuh tu. Nampak tak saya seorang yang sayang sahabat saya? hahaha. kenapa naqiah hadiahkan tudung labuh warna hitam? Sebab masa naqiah mula-mula nak berhijrah pakai tudung labuh, sepupu naqiah hadiahkan naqiah tudung labuh warna hitam :) sejak tu, sangat sayang dengan tudung labuh dan rasa lain kalau tak pakai. Biarlah orang kata "old school" tapi kita kena pakai sesuatu yang selesa dengan diri kita :)

Naqiah dan Fida pernah bergaduh sebab hal kecil je. Waktu tu, Fida join satu program untuk mantapkan bahasa English. Dia jumpa kawan-kawan baru. Entah kenapa, waktu tu rasa sedih dan emo bila Fida jarang mesej naqiah (tak ada whatsapp lagi waktu tu). Sampai satu hari tu, dia mesej tapi naqiah tak layan. Dia call, naqiah tak jawab. HAHAHA macam orang bercinta. Memang waktu tu terasa hati dengan dia. But at the end, naqiah jujur dengan dia dan berbaik semula. Dan benda tu berlaku sekali lagi. Tapi kali kedua, sebab naqiah jumpa kawan-kawan baru sampai lupa dia hahaha dia siap mesej lagi cakap "awak nak balas dendam dekat kita ke?" serious kelakar.

Sejak peristiwa tu, kawan naqiah adalah kawan fida dan kawan fida adalah kawan naqiah hehe. Semoga sentiasa istiqamah beb dan jadi sahabat qia dunia dan akhirat. Jangan lepaskan qia weh. hahaha. Bimbing i okaay beb.

Qia sayang Fida <3


Izyan Hazwani :) naqiah panggil dia, Yan. Lebih mesra, Yan Gemok hahahahaha. Sahabat pertama yang naqiah rapat masa sambung belajar diploma di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tahun 2013. Yan ni, mudah mesra dengan orang. Tapi orang yang sado sado je boleh tahan dengan perangai dia ni. Sebab apa? sebab dia suka cakap lepas beb hahaha. Dulu awal-awal kawan dengan dia, selalu gak ah gaduh. Selalu nangis. Tapi lama-lama, boleh hadap dah. Sampai bosan nak hadap hahaha.

Yan banyak ajar naqiah untuk jadi seorang yang berdikari. Yan banyak bagi nasihat untuk jadi lebih sado. Nasihat dia padu beb. Dia kalau nasihat, tak berselindung. TERUS KEPADA POINT. Sebab dia lah, saya jadi #EXOLover haha sebab dia lah saya minat SEHUN!!Ajar benda lagha je dia ni :p Yan ni dulu pernah jadi orang tengah naqiah untuk someone. Pernah cuba menjodohkan naqiah dengan someone juga tapi orang tu dah nak kahwin dah yeay tahniah! haha. Serious, banyak-banyak kawan. dengan Yan sorang je naqiah banyak kali gaduh dengan dia. Tapi susah nak gaduh lama-lama. 

Dia sangat memahami kawan-kawan dia. Dia tak pernah tikam kawan baik dia sendiri walaupun ada yang suruh tikam. Naqiah suka nangis depan dia. Bila nangis, dia tak pujuk dengan cakap "SABAR" tapi dia biar jeee naqiah habis nangis then dia akan tanya "kenapa? cerita dekat aku" :') lepas cerita semua masalah, jalan penyelesaian nya dia suka bagi yang tak masuk akal. sebab apa? sebab dia nak naqiah ketawa. Yan seorang kawan yang suka menghiburkan kawannya. 

Sekarang dah susah nak jumpa. Tempat belajar lain-lain. Tapi bila jumpa tu mashaAllah banyak benda nak cerita sampai tak ingat nak cerita apa hahaha. Sebab kitaorang kalau bergosip tak boleh gosip dalam phone. Rasa tak lepas. Bila jumpa baru lepas. Kadang-kadang tu, kalau ada something berlaku, tak terus cerita pun dekat whatsapp. Kitaorang akan "weh bila nak jumpa. ada benda nak cerita wehh" hahaha sampai berbulan-bulan simpan cerita semata sebab nak cerita waktu jumpa. Sanggup gila weh! hahaha.

Weh, jangan pernah putuskan hubungan kita k?

Aku sayang kau weh <3


Maisarah Nadhirah :) naqiah panggil dia Mai Gendut <3 Kenal waktu diploma semasa semester 2. Kenapa semester 2? sebab waktu semester 2, kelas naqiah kena berpecah masuk ke kelas lain sebab kelas naqiah waktu tu terlalu sikit dan pensyarah nak jimat masa untuk mengajar. Jadi, Allah temukan kami di kelas semasa semester 2. Tapi masa masuk kelas tu, tak rapat lagi. Hanya mampu pandang jauh-jauh. Mai kata dia takut nak tegur naqiah sebab muka naqiah garang HAHAHA yes i am garang. sebab tu jadi cikgu. hmm garang tapi hati lembut mudah nangis cehh.

Mai ni seorang yang sangat matang tapi tak tenang hahaha. Dia ni suka gelabah teruk. Teruk wehh gelabah dia. Aku pun tak faham kenapa dia gelabah teruk. Kadang-kadang tu, nampak laaa bila dia tahan gelabah dia hahaha tapi ramai orang sayang dia. Sebab dia ni mudah masuk dengan orang. Mudah sayang orang. Mudah menghiburkan orang. Kadang-kadang tu naqiah tenang la juga dengan dia. Sebab apa? sebab bila naqiah cerita masalah dekat dia. dia suka voice note dan hiburkan naqiah.

Kitaorang ada satu persamaan. Iaitu dagu panjang hahaha ada sorang lagi, Nu'man. Geng dagu panjang :D Pernah sekali tu, masa pergi vacation kitaorang bertiga tangkap gambar dagu bersama. HAHAHAHA k tak kelakar. Dengan dia, tak ingat la selalu gaduh ke tak. Tapi bila kitaorang gaduh, kitaorang banyak diamkan diri. Tak cakap apa. Then lepas tu okay semula. Dengan Mai ni, naqiah banyak nangis depan dia masa masuk degree. Kitaorang pernah satu kelas degree selama satu sem. Sem 2, dia dah sambung belajar dekat USIM. banyak nangis depan dia, sebab dia antara sahabat baik naqiah yang faham naqiah macam Fida dan Yan. 

Dorang punya perangai sama bila naqiah depan dorang. Suka cakap "wehhh qiaaa muka kau hodoh la kalau nangis!" kwajoo gila hahaha i pernah kot try nangis depan camera. okay memang hodoh hahahaahaa gigih beb.

Mai, jadi penghibur hati aku sentiasa k? dan sentiasa bersemangat untuk join program sekali dengan aku! hahahaha

Aku sayang kau Mai <3

**

Well, this is just some of my best friend. Ada lagi. Tapi nanti naqiah sambung lagi ye? Selamat malam <3