Cinta Sampai Ke Syurga ~

" Assalamualaikum cinta " Shabab menyapa kekasih hatinya yang telah HALAL baginya sejak dua hari yang lepas.

" Waalaikumussalam kekasih ku " Akhwat menjawab salam dari zauj yang dicintai.

" Sayang, uhibbuki fillah jiddan ya zaujati " Shabab tidak akan lupa untuk luahkan rasa cintanya pada Akhwat setiap hari. Jika boleh, setiap masa. Shabab sudah berjanji pada dirinya sendiri untuk meluahkan rasa kasih dan sayang kepada zaujahnya setiap hari. Tips untuk eratkan hubungan suami isteri.

" Wa ana aidhan ya habibi " Akhwat menyatakan hal yang sama dengan segan silu. Iye lah. Baru dua hari kahwin.. Sebelum ini tidak pernah meluah rasa kasih dan cintanya pada zauj. Hanya mampu luah pada Allah. Dengan keizinan Allah, mereka bersatu.

Saat dua hati menjadi 1 hati, bersatu dengan redha Allah, bersatu menjadi yang HALAL, si syaitan menangis teresak-esak. Kerana... mereka sudah halal.

Shabab menutup mata sambil memegang erat tangan Akhwat. Akhwat dapat merasai kasih sayang dan cinta Shabab padanya. Sungguh terharu...

" Abang, izinkan sayang bertanya boleh ? " Sudah menjadi tabiat Akhwat, meminta izin dalam apa jua perkara yang ingin dia lakukan. Tanggungjawab isteri. Untuk mendapat keredhaan Allah, kena dapat keredhaan suami.

" Boleh sayang.. Tanya lah :) "

" Abang , kenapa abang pilih sayang ? sedangkan , sayang bukan lah wanita yang dikategorikan sebagai wanita yang cantik pada paras rupa ? sayang juga bukanlah wanita yang punya ilmu yang tinggi seperti wanita lain. Sayang juga bukan lah wanita yang kaya dengan senyuman. garang pula tu... maafkan sayang kalau soalan ini buat abang marah "

Shabab tersenyum. Tanpa dipinta, Shabab bangkit dari tempat tidurnya dan cium dahi Akhwat, zaujah yang amat dia cintai sejak Akhwat bergelar ISTERI atau ZAUJAH kepada Shabab.

" Sayang nak tahu kenapa yee ? Kalau sayang nak tahu, sayang kena cium pipi abang dua-dua belah dulu " Shabab menceriakan Akhwat.

" Alaaa abang ni. Saja je tau.. " Tanpa buang masa, Akhwat cium pipi Shabab, zauj yang amat dia hormati dan kasih. Siapa yang tak nak cium zauj tu ? Halal ~

" Terima kasih sayang. " Shabab tersenyum.

" aip abang ni. senyum senyum pulak. cepat la jawab soalan sayang. upah dah bagi tadi.. " Akhwat buat-buat merajuk.

" alolo. comel zaujah abang ni. Iyee. nak cerita la ni. " Shabab cubit pipi comel isterinya.

" Bukan paras rupa yang abang dambakan. Paras rupa tidak akan kekal sampai bila-bila. Allah nak tarik nikmat paras rupa tu bila-bila je. Nanti dah tua, semua pun berkedut juga muka. Lagipun, sayang pun comel. Semua ciptaan Allah cantik dan indah. "

" Bukan ilmu yang abang dambakan daripada seorang wanita. Kerana ilmu itu abang boleh beri pada dia bila-bila masa sahaja selepas dia sang menjadi isteri abang. Dan 'dia' itu adalah sayang. Lagipun, ilmu sayang pun tidak kurang hebat. "

" Sayang mungkin nampak garang. Tapi, abang tahu. Disebalik 'garang' sayang, ada 'kelembutan'. Wanita ini penuh dengan kasih sayang. Dan abang tahu, sayang garang-garang sebab nak jaga diri sayang. Sayang tak nak jatuh cinta dengan lelaki. Siapa je yang nak kan wanita yang garang.... "

" Abang Shabab yang naaakk ! hehe " Ana menyakat Shabab.

" Amboooiiiii. Iye laah. Sebab awak garang la ite suka " Shabab tergelak sampai cubit pipi Ana.

Mereka ketawa..

" Pertama kali abang tengok sayang tersenyum, masa sayang bercakap di hadapan khalayak ramai. Sayang tersalah sebut perkataan. Sebab salah sebut, sayang ketawa. Sayang tak pandang dekat tempat lelaki tapi abang nampak senyum ketawa sayang. Comel sangat isteri abang time tu. " Shabab cubit hidung mancung Akhwat.

" Dan abang kaji... sayang akan banyak senyum dan ketawa bila sayang bersama sahibah-sahibah sayang. Abang paling banyak curi-curi tengok sayang bersama sahibah. Time tu, abang akan nampak sayang tersenyum. Abang perasan, sayang akan tutup senyuman sayang dan ketawa sayang bila ada lelaki walaupun time tu sayang bersama sahibah sayang. "

" oooo abang skodeng sayang yeee " giliran Akhwat pula cubit hidung Shabab.

" hey abang skodeng sayang sorang je tau.. bukan senang nak tengok si garang ni senyum ketawa. "

Mereka ketawa lagi..

" sayang nak tahu, apa yang paling abang suka tentang sayang ? " tanya Shabab

" mestilah nak tahu ya habibi " Akhwat memberi senyuman yang manis pada kekasih hatinya

" Akhlak sayang... Akhlak sayang yang buat abang tertarik dengan sayang. Sayang jaga aurat sayang. Sayang jaga suara sayang. Sayang tak cakap lembut dengan lelaki. Sayang selalu elak untuk bercakap menggunakan mic.. Sebab sayang tahu, bila sayang cakap guna mic, suara sayang tak akan 'garau'. abang perasan tu sayang... Sayang lebih suka cakap tanpa mic. Sayang tak ubah diri sayang depan lelaki. Macam mana sayang jalan dengan sahibah sayang, macam tu la sayang jalan depan lelaki. Sayang sangat serious bila bercakap dengan lelaki. Siap jeling tajam. Abang tau, sayang tak nak benda lain yang jadi. Sebab tu, abang tak kisah pasal paras rupa, ilmu, harta dan lain-lain. Dan kalau sayang nak tahu... sayang la wanita yang comel penah abang jumpa. Disebalik muka garang sayang tu, kecomelan terserlah. hihi " Shabab cium tangan Akhwat.

Akhwat menangis terharu. Ya Allah, panjangkanlah jodohku dengan suamiku ini. Redhailah dia. Tempatkanlah dia di Syurga. Dan jadikanlah aku BIDADARI SYURGA dia di sana nanti. Allahumma Amin :)


Cinta Sampai Ke Syurga