HELLO 2022 ♥️

Assalamualaikum and helloooooo everyone !

It’s been so long long long time I did’nt write here. Kinda miss it. 

How is everyone? Doing good? Alhamdulillah i’m doing just great. hehehe. So much better than ever. 

Rasa dah lama sangat tak menulis. Dulu rajin. Sekarang dah semakin dewasa, semakin rasa malas nak menulis. Tapi memandangkan sekarang aku sedang menjadi penganggur terhebat, so aku menulis la sikit. Rasa tahun lepas ada menulis sikit. Ke tak ada? haha lupa dah.

Anyways, it’s February 2022 already. And bismillah…. in another 3 months++ inshaaAllah i’m going to married ! fuhhh i can’t believe this. finally, alhamdulillah thumma alhamdulillah :’) 

Do pray for me. 

Okay dah tak ada idea hahahaha. Nanti i update lagi hokaaayyyy

Bye !

                                                                                                                                   xoxo, baby

BIDADARI (Part 4)

" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim , tetapkan lah hati ku. Jaga lah hati ku. Jangan kau hadirkan cinta kepada lelaki yang tidak sepatutnya ada di dalam hati ku. Berikanlah aku petunjuk-Mu Ya Rabb. Tabahkan hati ku Ya Rabb. Ya Rabb , jika perkahwinan baik untuk diriku , maka percepatkanlah perkahwinan ku. Jika perkahwinan buruk untuk diriku , maka jauhkanlah perkahwinan ku sehingga baik untuk diriku. Ya Rabb , sampaikan salam rindu pada kekasih hatiku , Nabi Muhammad. Ya Allah Ya Rahman , sampaikan rinduku pada Adam "

Walaupun sudah bertahun Adam meninggalkan Balqis , tidak pernah Balqis melupakan untuk mendoakan untuk Adam. Mendoakan agar Allah memberi perkara yang terbaik buat dirinya dan juga Adam. Rindu yang berada di hati Balqis , tidak Balqis meluahkan pada sesiapan. Hatta kepada kawan karibnya juga tidak menyatakan bahawa sebenarnya dia amat merindukan Adam. Hanya kepada Kekasih Sejati , Balqis meluahkan segalanya.

***

"Balqis, apa ciri-ciri lelaki idaman Balqis?"

"Kenapa Adam tanya?" jawab Balqis.

"Saja Adam nak tahu. Tak boleh ke?" katanya.

"Balqis nak lelaki yang boleh terima Balqis seadanya. Dan yang senyum lebar" , Balqis menjawab setelah berfikir panjang.

"Apa ciri-ciri perempuan idaman Adam?" , Balqis pula bertanya.

"Macam Balqis" , jawab Adam.

******

Paaappp! Balqis terjaga dari lamunan setelah badannya dihempap bantal yang di baling oleh kawannya.

"Hang duk lamun apa tu Balqis?" . Sapa Ayuni, sahabat satu dorm Balqis di asrama sekolahnya.

"Ish Ayuni. Terkejut saya" , kata Balqis. 

Balqis seorang wanita yang tidak boleh menyimpan rahsia dari sahabatnya. Kerana Balqis tahu, antara sahabat tidak boleh ada rahsia antara satu sama lain. Barulah persahabatan itu kekal lama. Lagipula, Balqis perlu ceritakan kejadian yang berlaku sebentar tadi ketika Balqis dalam perjalanan pulang ke asrama. 

Balqis tidak membuang masa, terus menarik Ayuni untuk duduk bersamanya. Lalu, Balqis menceritakan kepada Ayuni.

"Awak rasa, kalau lelaki tanya begitu, maksudnya dia suka kita ke?" Tanya Balqis kepada Ayuni.

Balqis ingin mengetahui pendapat Ayuni. Kerana fikirannya tidak berhenti memikirkan perkara itu.

"Saya rasa, dia suka dekat hang. Tapi dia baru nak tahu hang punya ciri-ciri lelaki idaman. Kot lah ciri-ciri tu ada dekat dia." , Kata Ayuni.

Balqis terdiam. Kalau benar Adam sukakan dia, bagaimana Balqis ingat lakukan. Balqis bingung. Seminggu Balqis memikirkan tentang perkara itu. Bak kata pepatah, tidak lena tidur, tidak lalu makan dan tidak basah mandi. Balqis bingung jika Adam meluahkan perasaan kepadanya. Kerana Balqis sudah tekad untuk tidak terima mana-mana luahan perasaan dari lelaki.

Tetapi, Balqis merasakan ada sesuatu yang istetima mengenai Adam.

Balqis buntu.

*****

Balqis terus bangkit dari duduk dan menyimpan surat kedalam kotak hati semula. Balqis bersiap-siap untuk mengambil adiknya pulang dari sekolah. 

Masih terngiang-ngiang soalan pertama yang telah Adam tanyakan kepadanya ketika pertama kali Balqis membalas pesanan ringkas Adam. Soalan itulah membuatkan Balqis tidak senang duduk dek kerana memikirkannya. 

****

"Balqis, nanti kalau ada masa semasa outing, kita contact di facebook ye? Adam tak boleh bawa handphone ke sekolah. Jumpa lagi Balqis!" 


                                            
                                                                                                                                          bersambung ~

A Little Thing - To Share With Maybe?

 Assalamualaikum :)


Saya bosan sangat-sangat. Jadi, izinkan saya untuk kongsi sedikit? hehehe. Oh ya, saya sedang melatih diri saya untuk tidak bercampur bahasa ketika menulis. Kalau ternampak tercampur bahasa, sila lah beritahu ye! (amboi, sangat baku hahahaha)


*********

Okay. Apa yang nak di kongsi kan ni? Saya pun tak tahu. Cuma bila jari jemari mulus saya mula menaip (menulis), ada lah tu tulis apa-apa. Kadang yang tidak ada kaitan pun pergi tulis hahaha :D Jadi, layankan sahaja ye? 

Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. A sad but rewarding experience. Bismillahirrahmanirrahim. Minta maaf ye salah silap. Ini cuma dari pendapat dan pengalaman saya. Kalau ada yang tidak setuju, pm tepi hehehe.


So! the story is like this. 

Saya kenal dengan seseorang ini dalam jangka 4 tahun. Dan bila kita dah kenal seseorang yang lama, semestinya kita nakkan perhubungan kahwin kan. Jadi, kisah ini kerana si dia yang menjadikan saya seperti ini pada hari ini. giteeewww hahaha. A good things okay! Bukan untuk burukkan dia. Jadi baca dengan tenang walaupun ye saya tahu ada yang sedih untuk saya. It's okay. Saya okay jeee.


Jadi, saya kenal dengan dia ketika kami berdua masih memegang gelaran 'pelajar'. Pelajar universiti ye! Sah-sah lah tiada duit sebab bagi saya, menjadi pelajar ijazah sarjana muda sambil kerja adalah tidak bagus haha. Ijazah susah wei! Penat sebenarnya tapi alhamdulillah saya berjaya tamatkan huhu :( sebak pula hahaha. k sambung~

4 tahun kan, dari gelaran 'pelajar' kepada gelaran 'budak praktikal' dan 'dewasa dah kerja' (tak tahu la nak panggil gelaran tu camne tapi faham faham je lah ye). Jadi, kami hadap masing-masing dengan 3 tahap tersebut. Dipendekkan cerita, dalam 3 tahap tu, dia lah yang ada duit dahulu sebelum saya. Jadi, dia lah juga yang banyak menghabiskan duit dia untuk saya ketika dia sudah pegang gelaran 'dewasa dah kerja'. Tapi takde lah habis duit tu. Dia banyak habiskan duit untuk buku dia hm :)

Awalnya, tiada masalah mengenai duit itu. Memandangkan saya masih sedang sibuk dengan kehidupan pelajar saya dan dia kehidupan 'budak praktikal' kemudian 'dewasa dah kerja' jadi kami jarang berjumpa. Tapi, bila jumpa tu ye memang banyak guna duit dia. Kadang tu, kita saja lah ngada-ngada kan nak itu ini untuk hadiah ye lah sebab dia dah ada duit sendiri kan. Tapi, dia okay sahaja layan jeerr.

Hingga la satu hari tu, dia sebut dekat saya. 

"Saya rasa saya tak mampu nak tanggung awak selepas kahwin. Sebab awak demand"

Fuhhhhh mantaaappp wei hahaha tertusuk jantung hati. Rasa macam kena tembak ceehh haha. Merajuk tu mesti lah. Katanya bergurau tapi kadang kata-kata lelaki ni boleh buat perempuan terasa banget. Sampaikan dia nak belikan makanan pun saya kata 

"takpe saya ada duit sendiri. guna duit saya"

gittewww punya rasa sentap haha.

Tapi, disebabkan teguran dia yang kononnya kata gurau itu yang buatkan saya berubah. Buat saya terfikir. Sebenarnya, kita yang perempuan ni kena latih diri kita sebelum kahwin untuk tidak menjadi seorang perempuan yang suka membazirkan duit untuk memenuhi nafsu kemahuan. Bukan tak boleh.. Boleh cuma perlu berpada-pada. 

Sebab apa? Sebab kehidupan kita ketika masih bujang dan selepas kahwin adalah berbeza ye. Amboi cara cakap macam dah hadapi je kan kehidupan kahwin tu hahaha eh jangan aku belum kahwin! sabajap cari jodoh jap ni. Tapi, saya berani cakap macam tu selepas tengok dengan mata saya yang cantik ni berkenaan kehidupan bujang dan kahwin adalah berbeza. Pening pula aku macam ulang ayat sama tapi biarlah malas padam hahahaha.

Waktu bujang, boleh lah nak beli apa-apa. Sebab Ayah dan Mak kita sayang kita kan jadi untuk katakan TIDAK tu sangat jarang. Semuanya BOLEH. Tetapi, bila dah kahwin yang tanggung kita adalah suami kita. Mak dan Ayah dah tak boleh masuk campur. Lantak kome lah gitu. Jadi, kita pula tak tahu siapa dan bagaimana suami kita, perjalanan kehidupan perkahwinan kita, ujian dan cabarannya apa. Semua kita tak tahu.

Boleh jadi, awalnya suami kita tu uish kaya beb ada banyak duit, makan mahal sokmo pastu beli barang branded sokmo daaan tiba-tiba Allah bagi ujian, puupp! duit tak ada. Kena rompak ke kena buang kerja ke ha tak tahu kan benda tu. Atau benda-benda lain yang kita tak boleh jangka pun. Takut kan? Ha takutttt!

Bila saya fikir benda-benda camtu lah buat saya jadi seorang naqiah yang cantik ni berubah menjadi wanita yang hanya mementingkan keperluan dari kemahuan. Giteww tolong lah bersabar saya memang suka puji diri sendiri. Kalau bukan kita sendiri, SIAPA KAN! Puji selagi mampu! Walaupun orang nak cakap kita perasan ke kita hodoh ke lantak sana! KITA MEMANG CANTIK. lah emo pula haha.

Jadi, bila saya dah dapat kerja dan dah dapat gaji, gaji yang saya dapat tu separuh saya simpan untuk simpanan dan selebihnya saya buat belanja untuk keperluan harian seperti makan-makan, duit minyak kereta, shampoo, sabun, deodarant ha dan lain-lain yang penting lah aduh takkan nak bagitahu satu-satu penat lah. 

Kerja pertama saya adalah pembantu klinik. Kerja sekejap je sementara nak tunggu praktikum. Bagus kan sebab fikirkan nak kahwin dan nak simpan duit lah saya sanggup cari kerja part time kalau tak memang lah tak nak kerja. Baik rehat dan sediakan diri sebelum praktikum (sama je cam praktikal cuma untuk kos guru ni, kami panggil praktikum)

Jadi masa dapat gaji tu, saya bahagikan kepada 3 bahagian. Ini contoh gaji kerja part time RM1300 :-

1) Simpanan Kahwin : RM500

2) Simpanan Kecemasan : RM300

3) Belanja Sakan : RM500

Jadi, duit untuk saya guna sebagai belanja hanya RM500. Kalau ikut logik akal, tak cukup pun untuk sebulan. Tapi, sebab saya dah tolak siap-siap untuk penuhi nafsu kemahuan beli barang mengarut, saya rasa cukup je alhamdulillah. Tapi akhir akhir bulan tu, minta juga dekat Ayah sikit duit belanja haha. Ini kiraan masa gaji dulu tau. Sekarang gaji kerja betul, lain. Lebih sikit untuk belanja sakan tapi masih prinsip yang sama.

Kalau bab makan, saya tak berkira sikit untuk guna duit. Tapi, kalau untuk benda mengarut saya akan fikir banyak kali. Contoh, handbag. Kalau waktu saya buat pre-loved handbag lama saya, mesti kawan-kawan saya akan cakap "Kau beli handbag baru ke?" hahaha ye kalau setiap kali saya beli handbag baru YANG MAHAL, saya akan jual handbag lama saya. Rasa berdosa sangat keluarkan duit simpanan. 

Tapi sebenarnya okay je kan kalau nak berbelanja untuk puaskan kemahuan kita. Sebab kita dah penat-penat kerja dan duit gaji tu hasil titik peluh kita. Tak salah pun. Memang tak salah. Tapi, disebabkan saya fikir benda-benda yang berkaitan dengan kehidupan selepas kahwin walaupun tak tahu lah kahwin ke tak kan erm tapi buat saya fikir banyak kali untuk berbelanja. 

Hmm macam dah mengarut kan hm dah kata dah kalau dah mula menaip ni laju je jari saya yang cantik ni nak tuliss jeee semua. Tapi takpe. Saya nak akhiri disini sahaja. Nanti meluat ya. Jadi sebelum saya berhenti, saya nak bagitahu kesimpulan nya hahahaha. 


Kesimpulannya,

Latih lah diri kita untuk tidak membazirkan duit untuk kebahagian masa hadapan. Ye, memang lelaki adalah ketua keluarga. Memang kewajipan lelaki untuk beri segalanya kepada isteri dan anak-anak. Tapi, tak salah kan untuk membantu suami kita nanti? Duit ni memang satu keperluan pada zaman ini tetapi jangan jadikan duit ini asbab kebahagiaan kita. Tak salah pun kalau suami tak beri dekat kita hadiah setiap bulan yang mahal-mahal. Yang penting, suami dah bagi kita tempat tinggal, keperluan harian kita dan kasih sayang kepada kita. Dan kesetiaan. Dan kasih sayang. Dan kesetiaan. Hm saja je mention banyak kali. 

Kalau nak barang mahal tu, boleh je weh minta! Tapi jangan selalu lah. Melampau yee kesian suami kita! hahaha. Ye dah banyak campur bahasa tapi biarlah malas nak padam. Penat nak edit hahahaha. JANGAN PULA TAK MINTA HADIAH DEKAT SUAMI KITA. Heyy kita perlukan sesuatu sebagai penghargaan. Kalau suami dah lama tak bagi tu, minta je! Sambil buat muka manja dan sebak sikit. Ha nanti cair lah tu.

Tapi kan sejak saya ditinggalkan, saya dah kurang menyimpan. Sebab saya rasa, macam lambat lagi nak kahwin. Nak jumpa orang baru, nak kenal orang baru pun ambil masa. Anddddd tahu tak sebelum ni masa saya sedih tu, saya spend RM1000 dalam masa 3 hari saja? hahaha pastu terus taubat. terus gaji next month tu saya simpan double. tu beberapa bulan lepas lah hehehe. sekarang dah maitain semula alhamdulillah. duit simpanan tu kadang boleh jadikan duit emergency kan.

okay lah bye! sorry tau. ini pengalaman dan pendapat saya sahaja. kalau tak puas hati, roger je. nanti kita bincang deh. muah muah ;)

p/s: ini adalah peringatan untuk saya dan juga untuk bakal suami saya yang entah lah bila nak muncul kan tapi sila muncul pada tepat pada masanya nanti ye abang sayang :')

TABAH

" Lelaki lebih gagah namun hakikatnya perempuan lebih tabah "
 -Dr Anwar Fazal

Apa lagi pilihan yang aku ada selain untuk tabah? Kau kena kuat. Bukan untuk orang lain. Untuk diri kau. Kau tak boleh putus asa macam ni. Kau tak boleh lemah. Kau kena KUAT. Nanti orang pijak kau.

Ingat, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang.

Allah Maha Adil :)