Bidadari (Part 3)

"Balqis, nak nombor telefon..." Adam minta.

Balqis terkejut.

Ish, beraninya dia minta nombor telefon aku. Dia serious ke? Atau dia main-main? Atau dia sengaja nak uji aku ni macam mana? Ish... nak bagi ke tak ni. Hah! Buat macam kau selalu buat kat lelaki Balqis! 

"Adam nak buat apa dengan nombor Balqis?" Balqis tidak akan mudah begitu sahaja memberi nombor telefon kepada lelaki.

"Nak jual... haha. Nak contact Balqis lah. Senang nanti. Adam pun nak balik asrama esok" Adam menerang.

"Hurm.. apa kata, Adam bagi nombor telefon Adam kat Balqis. Nanti Balqis msg Adam. Tapi, bukan nanti lah. Sebab Balqis tak ada kredit sekarang" Balqis membuat alasan.

"Alaaaaa. Balqis la bagi nombor Balqis kat Adam!" Adam tidak mahu mengalah.

Adam dan Balqis bergaduh untuk siapa yang mahu memberi nombor telefon dahulu. Adam memujuk dan Adam berkeras tidak mahu beri nombor telefon kepada Balqis.

Ish dia ni.. Dia ni tahu ke kalau aku ambil nombor telefon dia, yang aku tak akan contact dia ? Balqis menduga. Haa Balqis! Kau kan ada dua nombor. Kau bagi lah nombor yang kau memang tak guna untuk contact orang. Balqis membuat keputusan.

"Ye la ye la.. Dah pukul 3 pagi ni. Nah, amik nombor telefon ni. 017 8888999. Nanti misscall. Selamat malam. Salam"

Balqis akhirnya mengalah. Balqis terus log out Facebook dan menanti misscall dari Adam.

tuut tuut.. SMS masuk

"Selamat Malam Balqis! haaa dah misscall ni. hehehe"

Balqis tersenyum. Tanpa buang masa, Balqis save nombor Adam dengan niat tidak mahu membalas sebarang sms yang Adam hantar. Lagipun, nombor yang Balqis beri kepada Adam memang tiada kredit.

***

Hari ahad yang indah. Cuti sekolah akan melabuhkan tirai. Balqis mengemas barang-barang untuk dibawa ke asrama. Tanggungjawab dia sebagai pelajar masih belum selesai. Masih perlu berjihad dengan ilmu. Seorang manusia yang bergelar Muslim wajib menuntut ilmu. Ilmu lah yang akan menyelamatkan manusia.

Dalam perjalanan pulang ke asrama. Balqis merenung ke tingkap. SubhanaAllah! Indahnya ciptaanMu Ya Allah. Langit yang biru yang sangat tenang apabila memandangnya. Awan yang berbagai bentuk menghiasi keindahan langit. Matahari bersinar terang untuk menerangkan bumi yang indah ini. Segala puji hanya layak untukMu Ya Rabbi.

tuut tuut.. SMS masuk.

"Anda telah menerima RM3 dari 017 7654123....."

Balqis tergamam. Ish kenapa dia share topup pula ni........

"Assalamualaikum. Dapat topup tak?" Adam terlebih dahulu menegur Balqis.

"Waalaikumussalam. Dapat. Kenapa Adam share topup ni? Menyusahkan je" Balqis terpaksa membalas sms Adam kerana Adam sudahpun memberi topup kepada Balqis. Nak tak nak, Balqis terpaksa membalas.

"Saja. Adam nak borak dengan Balqis sebelum pulang ke asrama. Balqis, apa ciri-ciri idaman lelaki Balqis?"

Balqis terkedu. Pengalamannya, jika lelaki bertanya soalan begitu, ada maksud tersirat. Maksudnya, Adam sukakan Balqis? Balqis menduga..


bersambung~