BIDADARI (Part 4)

" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim , tetapkan lah hati ku. Jaga lah hati ku. Jangan kau hadirkan cinta kepada lelaki yang tidak sepatutnya ada di dalam hati ku. Berikanlah aku petunjuk-Mu Ya Rabb. Tabahkan hati ku Ya Rabb. Ya Rabb , jika perkahwinan baik untuk diriku , maka percepatkanlah perkahwinan ku. Jika perkahwinan buruk untuk diriku , maka jauhkanlah perkahwinan ku sehingga baik untuk diriku. Ya Rabb , sampaikan salam rindu pada kekasih hatiku , Nabi Muhammad. Ya Allah Ya Rahman , sampaikan rinduku pada Adam "

Walaupun sudah bertahun Adam meninggalkan Balqis , tidak pernah Balqis melupakan untuk mendoakan untuk Adam. Mendoakan agar Allah memberi perkara yang terbaik buat dirinya dan juga Adam. Rindu yang berada di hati Balqis , tidak Balqis meluahkan pada sesiapan. Hatta kepada kawan karibnya juga tidak menyatakan bahawa sebenarnya dia amat merindukan Adam. Hanya kepada Kekasih Sejati , Balqis meluahkan segalanya.

***

"Balqis, apa ciri-ciri lelaki idaman Balqis?"

"Kenapa Adam tanya?" jawab Balqis.

"Saja Adam nak tahu. Tak boleh ke?" katanya.

"Balqis nak lelaki yang boleh terima Balqis seadanya. Dan yang senyum lebar" , Balqis menjawab setelah berfikir panjang.

"Apa ciri-ciri perempuan idaman Adam?" , Balqis pula bertanya.

"Macam Balqis" , jawab Adam.

******

Paaappp! Balqis terjaga dari lamunan setelah badannya dihempap bantal yang di baling oleh kawannya.

"Hang duk lamun apa tu Balqis?" . Sapa Ayuni, sahabat satu dorm Balqis di asrama sekolahnya.

"Ish Ayuni. Terkejut saya" , kata Balqis. 

Balqis seorang wanita yang tidak boleh menyimpan rahsia dari sahabatnya. Kerana Balqis tahu, antara sahabat tidak boleh ada rahsia antara satu sama lain. Barulah persahabatan itu kekal lama. Lagipula, Balqis perlu ceritakan kejadian yang berlaku sebentar tadi ketika Balqis dalam perjalanan pulang ke asrama. 

Balqis tidak membuang masa, terus menarik Ayuni untuk duduk bersamanya. Lalu, Balqis menceritakan kepada Ayuni.

"Awak rasa, kalau lelaki tanya begitu, maksudnya dia suka kita ke?" Tanya Balqis kepada Ayuni.

Balqis ingin mengetahui pendapat Ayuni. Kerana fikirannya tidak berhenti memikirkan perkara itu.

"Saya rasa, dia suka dekat hang. Tapi dia baru nak tahu hang punya ciri-ciri lelaki idaman. Kot lah ciri-ciri tu ada dekat dia." , Kata Ayuni.

Balqis terdiam. Kalau benar Adam sukakan dia, bagaimana Balqis ingat lakukan. Balqis bingung. Seminggu Balqis memikirkan tentang perkara itu. Bak kata pepatah, tidak lena tidur, tidak lalu makan dan tidak basah mandi. Balqis bingung jika Adam meluahkan perasaan kepadanya. Kerana Balqis sudah tekad untuk tidak terima mana-mana luahan perasaan dari lelaki.

Tetapi, Balqis merasakan ada sesuatu yang istetima mengenai Adam.

Balqis buntu.

*****

Balqis terus bangkit dari duduk dan menyimpan surat kedalam kotak hati semula. Balqis bersiap-siap untuk mengambil adiknya pulang dari sekolah. 

Masih terngiang-ngiang soalan pertama yang telah Adam tanyakan kepadanya ketika pertama kali Balqis membalas pesanan ringkas Adam. Soalan itulah membuatkan Balqis tidak senang duduk dek kerana memikirkannya. 

****

"Balqis, nanti kalau ada masa semasa outing, kita contact di facebook ye? Adam tak boleh bawa handphone ke sekolah. Jumpa lagi Balqis!" 


                                            
                                                                                                                                          bersambung ~

No comments:

Post a Comment