Moga tercapai!

Tadi bersembang dengan kawan lama di Muka Buku. Dia bakal digelar pelajar KUIS di Bangi. InsyaAllah , doakan kawan Naqia tu yaa.. 

Naqia : KUIS tu , lepas habis belajar , jadi cikgu kan? ke lain? o.O

Dia : Tak lah , boleh jadi apa-apa. Bergantunglah. yang jadi cikgu IPG. nape? nak jadi cikgu ke?

Naqia : Mak suruh jadi USTAZAH tapi teringin nak jadi PEGUAM.

Dia : hehe. nak jadi PEGUAM , qia tak boleh jadi PENDIAM. tapi , better ikut mak la.. berkat kan?

Naqia : Qia pendiam ke?

Dia : Qia sendiri yang cakap.. -_- 

Naqia : Hehe =p (malu)

Dia : Kenapa nak jadi peguam?

Naqia : Entah.. haha. tapi , qia start nak jadi peguam bila tengok Pakcik masuk tv sebab dia          peguam syariah. Lagi pun , qia suka syariah-syariah ni..

Dia : ouh , inspired by him? Kalau qia betul-betul nak.. tapi kalau setakat tersentuh "fius" dia , tak cukup..

Naqia : hehe. Maybe Ustazah much better , i think.. =)

Dia : haha. tau takpa. Tu terbaik untuk qia. =)

Naqia : Sesuai ke? Ustazah Naqia~ cewah.. haha.

Dia : haha. Ustazah Khairunnaqia.. pon bole.. =)

Naqia : Aminn.. =) nak jadi apa?

Dia : Nak jadi suami orang.. haha

Naqia : -_-

Hamek hang! Semua aku tulis semula. Haha. Well , apa nak cakap eh? hehe. Yeesss , awalnya memang nak jadi Peguam dan nak amik kos Peguam Syariah after SPM. Tapi , semua tu berubah. Cita-cita ku berubah setelah melihat 1 cerekarama. Naqia tak ingat tajuk cerita tu. Tapi , dalam cerita tu , perempuan tu Peguam Syariah. Dan , dia menggunakan kuasa peguam dia tu untuk kepentingan diri sendiri. Naqia tahu , naqia tak sepatutnya terpengaruh dengan cerita-cerita macam tu. Tapi , bila fikir semula. Naqia tak sesuai kott jadi Peguam. Mak pun nak sangat naqia jadi Cikgu/Ustazah sama macam mak. InsyaAllah~

Kadang-kadang , seronok juga ya kongsi cita-cita kita kat orang lain. Sebab , bila kita bitau cita2 kita , nanti macam-macam nasihat dan pandangan depa bagi. Dan , dari situ. Kita dapat buat keputusan dengan lebih tepat. Paling naqia suka , bila kongsi cerita dan cita-cita dengan mak. Mak akan bagi macam-macam nasihat dan pandangan serta contoh dan macam-macam lagi. Maklumlah , cikgu Bahasa Melayu.. Karangan nya mesti la panjang. Hehe. Hope , one day , i will be a teacher like my mother. Aminnn.. =)


No comments:

Post a Comment