A Little Thing - To Share With Maybe?

 Assalamualaikum :)


Saya bosan sangat-sangat. Jadi, izinkan saya untuk kongsi sedikit? hehehe. Oh ya, saya sedang melatih diri saya untuk tidak bercampur bahasa ketika menulis. Kalau ternampak tercampur bahasa, sila lah beritahu ye! (amboi, sangat baku hahahaha)


*********

Okay. Apa yang nak di kongsi kan ni? Saya pun tak tahu. Cuma bila jari jemari mulus saya mula menaip (menulis), ada lah tu tulis apa-apa. Kadang yang tidak ada kaitan pun pergi tulis hahaha :D Jadi, layankan sahaja ye? 

Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. A sad but rewarding experience. Bismillahirrahmanirrahim. Minta maaf ye salah silap. Ini cuma dari pendapat dan pengalaman saya. Kalau ada yang tidak setuju, pm tepi hehehe.


So! the story is like this. 

Saya kenal dengan seseorang ini dalam jangka 4 tahun. Dan bila kita dah kenal seseorang yang lama, semestinya kita nakkan perhubungan kahwin kan. Jadi, kisah ini kerana si dia yang menjadikan saya seperti ini pada hari ini. giteeewww hahaha. A good things okay! Bukan untuk burukkan dia. Jadi baca dengan tenang walaupun ye saya tahu ada yang sedih untuk saya. It's okay. Saya okay jeee.


Jadi, saya kenal dengan dia ketika kami berdua masih memegang gelaran 'pelajar'. Pelajar universiti ye! Sah-sah lah tiada duit sebab bagi saya, menjadi pelajar ijazah sarjana muda sambil kerja adalah tidak bagus haha. Ijazah susah wei! Penat sebenarnya tapi alhamdulillah saya berjaya tamatkan huhu :( sebak pula hahaha. k sambung~

4 tahun kan, dari gelaran 'pelajar' kepada gelaran 'budak praktikal' dan 'dewasa dah kerja' (tak tahu la nak panggil gelaran tu camne tapi faham faham je lah ye). Jadi, kami hadap masing-masing dengan 3 tahap tersebut. Dipendekkan cerita, dalam 3 tahap tu, dia lah yang ada duit dahulu sebelum saya. Jadi, dia lah juga yang banyak menghabiskan duit dia untuk saya ketika dia sudah pegang gelaran 'dewasa dah kerja'. Tapi takde lah habis duit tu. Dia banyak habiskan duit untuk buku dia hm :)

Awalnya, tiada masalah mengenai duit itu. Memandangkan saya masih sedang sibuk dengan kehidupan pelajar saya dan dia kehidupan 'budak praktikal' kemudian 'dewasa dah kerja' jadi kami jarang berjumpa. Tapi, bila jumpa tu ye memang banyak guna duit dia. Kadang tu, kita saja lah ngada-ngada kan nak itu ini untuk hadiah ye lah sebab dia dah ada duit sendiri kan. Tapi, dia okay sahaja layan jeerr.

Hingga la satu hari tu, dia sebut dekat saya. 

"Saya rasa saya tak mampu nak tanggung awak selepas kahwin. Sebab awak demand"

Fuhhhhh mantaaappp wei hahaha tertusuk jantung hati. Rasa macam kena tembak ceehh haha. Merajuk tu mesti lah. Katanya bergurau tapi kadang kata-kata lelaki ni boleh buat perempuan terasa banget. Sampaikan dia nak belikan makanan pun saya kata 

"takpe saya ada duit sendiri. guna duit saya"

gittewww punya rasa sentap haha.

Tapi, disebabkan teguran dia yang kononnya kata gurau itu yang buatkan saya berubah. Buat saya terfikir. Sebenarnya, kita yang perempuan ni kena latih diri kita sebelum kahwin untuk tidak menjadi seorang perempuan yang suka membazirkan duit untuk memenuhi nafsu kemahuan. Bukan tak boleh.. Boleh cuma perlu berpada-pada. 

Sebab apa? Sebab kehidupan kita ketika masih bujang dan selepas kahwin adalah berbeza ye. Amboi cara cakap macam dah hadapi je kan kehidupan kahwin tu hahaha eh jangan aku belum kahwin! sabajap cari jodoh jap ni. Tapi, saya berani cakap macam tu selepas tengok dengan mata saya yang cantik ni berkenaan kehidupan bujang dan kahwin adalah berbeza. Pening pula aku macam ulang ayat sama tapi biarlah malas padam hahahaha.

Waktu bujang, boleh lah nak beli apa-apa. Sebab Ayah dan Mak kita sayang kita kan jadi untuk katakan TIDAK tu sangat jarang. Semuanya BOLEH. Tetapi, bila dah kahwin yang tanggung kita adalah suami kita. Mak dan Ayah dah tak boleh masuk campur. Lantak kome lah gitu. Jadi, kita pula tak tahu siapa dan bagaimana suami kita, perjalanan kehidupan perkahwinan kita, ujian dan cabarannya apa. Semua kita tak tahu.

Boleh jadi, awalnya suami kita tu uish kaya beb ada banyak duit, makan mahal sokmo pastu beli barang branded sokmo daaan tiba-tiba Allah bagi ujian, puupp! duit tak ada. Kena rompak ke kena buang kerja ke ha tak tahu kan benda tu. Atau benda-benda lain yang kita tak boleh jangka pun. Takut kan? Ha takutttt!

Bila saya fikir benda-benda camtu lah buat saya jadi seorang naqiah yang cantik ni berubah menjadi wanita yang hanya mementingkan keperluan dari kemahuan. Giteww tolong lah bersabar saya memang suka puji diri sendiri. Kalau bukan kita sendiri, SIAPA KAN! Puji selagi mampu! Walaupun orang nak cakap kita perasan ke kita hodoh ke lantak sana! KITA MEMANG CANTIK. lah emo pula haha.

Jadi, bila saya dah dapat kerja dan dah dapat gaji, gaji yang saya dapat tu separuh saya simpan untuk simpanan dan selebihnya saya buat belanja untuk keperluan harian seperti makan-makan, duit minyak kereta, shampoo, sabun, deodarant ha dan lain-lain yang penting lah aduh takkan nak bagitahu satu-satu penat lah. 

Kerja pertama saya adalah pembantu klinik. Kerja sekejap je sementara nak tunggu praktikum. Bagus kan sebab fikirkan nak kahwin dan nak simpan duit lah saya sanggup cari kerja part time kalau tak memang lah tak nak kerja. Baik rehat dan sediakan diri sebelum praktikum (sama je cam praktikal cuma untuk kos guru ni, kami panggil praktikum)

Jadi masa dapat gaji tu, saya bahagikan kepada 3 bahagian. Ini contoh gaji kerja part time RM1300 :-

1) Simpanan Kahwin : RM500

2) Simpanan Kecemasan : RM300

3) Belanja Sakan : RM500

Jadi, duit untuk saya guna sebagai belanja hanya RM500. Kalau ikut logik akal, tak cukup pun untuk sebulan. Tapi, sebab saya dah tolak siap-siap untuk penuhi nafsu kemahuan beli barang mengarut, saya rasa cukup je alhamdulillah. Tapi akhir akhir bulan tu, minta juga dekat Ayah sikit duit belanja haha. Ini kiraan masa gaji dulu tau. Sekarang gaji kerja betul, lain. Lebih sikit untuk belanja sakan tapi masih prinsip yang sama.

Kalau bab makan, saya tak berkira sikit untuk guna duit. Tapi, kalau untuk benda mengarut saya akan fikir banyak kali. Contoh, handbag. Kalau waktu saya buat pre-loved handbag lama saya, mesti kawan-kawan saya akan cakap "Kau beli handbag baru ke?" hahaha ye kalau setiap kali saya beli handbag baru YANG MAHAL, saya akan jual handbag lama saya. Rasa berdosa sangat keluarkan duit simpanan. 

Tapi sebenarnya okay je kan kalau nak berbelanja untuk puaskan kemahuan kita. Sebab kita dah penat-penat kerja dan duit gaji tu hasil titik peluh kita. Tak salah pun. Memang tak salah. Tapi, disebabkan saya fikir benda-benda yang berkaitan dengan kehidupan selepas kahwin walaupun tak tahu lah kahwin ke tak kan erm tapi buat saya fikir banyak kali untuk berbelanja. 

Hmm macam dah mengarut kan hm dah kata dah kalau dah mula menaip ni laju je jari saya yang cantik ni nak tuliss jeee semua. Tapi takpe. Saya nak akhiri disini sahaja. Nanti meluat ya. Jadi sebelum saya berhenti, saya nak bagitahu kesimpulan nya hahahaha. 


Kesimpulannya,

Latih lah diri kita untuk tidak membazirkan duit untuk kebahagian masa hadapan. Ye, memang lelaki adalah ketua keluarga. Memang kewajipan lelaki untuk beri segalanya kepada isteri dan anak-anak. Tapi, tak salah kan untuk membantu suami kita nanti? Duit ni memang satu keperluan pada zaman ini tetapi jangan jadikan duit ini asbab kebahagiaan kita. Tak salah pun kalau suami tak beri dekat kita hadiah setiap bulan yang mahal-mahal. Yang penting, suami dah bagi kita tempat tinggal, keperluan harian kita dan kasih sayang kepada kita. Dan kesetiaan. Dan kasih sayang. Dan kesetiaan. Hm saja je mention banyak kali. 

Kalau nak barang mahal tu, boleh je weh minta! Tapi jangan selalu lah. Melampau yee kesian suami kita! hahaha. Ye dah banyak campur bahasa tapi biarlah malas nak padam. Penat nak edit hahahaha. JANGAN PULA TAK MINTA HADIAH DEKAT SUAMI KITA. Heyy kita perlukan sesuatu sebagai penghargaan. Kalau suami dah lama tak bagi tu, minta je! Sambil buat muka manja dan sebak sikit. Ha nanti cair lah tu.

Tapi kan sejak saya ditinggalkan, saya dah kurang menyimpan. Sebab saya rasa, macam lambat lagi nak kahwin. Nak jumpa orang baru, nak kenal orang baru pun ambil masa. Anddddd tahu tak sebelum ni masa saya sedih tu, saya spend RM1000 dalam masa 3 hari saja? hahaha pastu terus taubat. terus gaji next month tu saya simpan double. tu beberapa bulan lepas lah hehehe. sekarang dah maitain semula alhamdulillah. duit simpanan tu kadang boleh jadikan duit emergency kan.

okay lah bye! sorry tau. ini pengalaman dan pendapat saya sahaja. kalau tak puas hati, roger je. nanti kita bincang deh. muah muah ;)

p/s: ini adalah peringatan untuk saya dan juga untuk bakal suami saya yang entah lah bila nak muncul kan tapi sila muncul pada tepat pada masanya nanti ye abang sayang :')

TABAH

" Lelaki lebih gagah namun hakikatnya perempuan lebih tabah "
 -Dr Anwar Fazal

Apa lagi pilihan yang aku ada selain untuk tabah? Kau kena kuat. Bukan untuk orang lain. Untuk diri kau. Kau tak boleh putus asa macam ni. Kau tak boleh lemah. Kau kena KUAT. Nanti orang pijak kau.

Ingat, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang.

Allah Maha Adil :)

JODOH

Bila ada mulut-mulut yang insurans murah sikit berkata;-

"tula naqiah. kalau kau terima dia dulu, mesti sekarang kau dah kahwin dengan dia"

"tula naqiah. kalau kau terima risik dia, mesti kau dah tunang dengan dia"

bla bla bla....






Jujur dari hati yang tak berapa nak jadi hati dah sekarang, terasa la juga bila ada yang berkata begitu pada naqiah. Tahu, kalau yang tak berkata begitu pada naqiah, mesti ada berkata begitu pada orang lain. Atau kata lain "kupas bawang" :)

Tapi, itulah namanya JODOH. Ada asbab kenapa naqiah tak terima seseorang. Ada asbab kenapa naqiah masih belum berkahwin. 

Memang, ramai dah lelaki-lelaki yang pernah 'luah perasaan' dekat naqiah, dah ramai yang berkahwin, bertunang, ada anak, bakal kahwin dan sebagainya. Tapi, itulah takdir Allah kan? 

Tolak, bermaksud tak ada jodoh lah. Tak terima merisik, bermaksud jodoh naqiah belum tiba masanya lah. 

Kenapa perlu soal tentang perkara yang kita sendiri tak jangka akan berlaku? Kan? ;)

Mereka dah kahwin, mereka dah jumpa jodoh sebenar mereka. Bukan naqiah jodohnya.. Allah sendiri dah tetapkan siapa jodoh kita, bila ajal kita, apa rezeki kita. 

Memang, dah lama impikan untuk kahwin awal. Tapi, semua Allah punya ketentuan kan? Follow the flow je la~ hehehe

Kalau ada yang tanya, tak menyesal ke tolak lamaran, tak sedih ke tengok orang yang pernah suka kita dah kahwin dah ada anak..

The asnwer is "NOPE"

Tak menyesal langsung, tak sedih langsung. Malah BAHAGIA. Bahagia tengok mereka dah bahagia bersama orang yang betul-betul milik mereka. Zaman diploma zaman paling kuat ujiannya dengan ramai sangat orang 'melamar'. Serious... sampai tak tahu nak handle macam mana. Sampai ada yang kata, bagi harapan. Sebab zaman diploma jenis yang mesra alam lebih. Mudah mesra dengan sesiapa je. 


Tapi, zaman degree ni, kurang dapat 'lamaran' (jujur gila weh hahahaha). Sebab dah ada pengalaman yang lebih pengalaman waktu zaman diploma. Jadi, zaman degree ni macam 'matang' sikit dalam hal-hal macam tu. Lagipun, zaman degree ni ramai yang adik adik HAHA sebab tu kott... sebab dah tua. k k bye.

Doakan laa diri ini jodoh sampai awal deh :) calon? inshaaAllah


Sahabat

Sahabat ini, yang memahami kita. Walaupun tidak memahami 100% tetapi masih tetap memahami. Yang sentiasa ada untuk kita saat kita kuat dan lemah. Yang sentiasa sokong kita. Yang sentiasa nasihat kita. Yang mendekatkan kita dengan Pencipta. Yang selalu ada untuk kita saat kita perlu. Saat berjauhan, tidak putus untuk saling mendoakan. Saat bertemu, menghargai setiap saat bersama.

Ini, adalah antara sahabat sahabat naqiah yang selalu ada untuk naqiah :)


Siti NorFirdaus :) naqiah panggil dia, Fida. Alhamdulillah, dah 9 tahun bersama dan mengharapkan sampai ke Syurga bersahabat. Macam mana boleh kenal? hihi. Kami kenal di Facebook pada tahun 2008. Lupaa siapa add siapa. naqiah kenal Fida dah lama dah. Sebab kami waktu sekolah rendah kami satu sekolah agama tapi tak sama kelas. naqiah kenal sebab Fida dulu pengawas sekolah. Pengawas kaaaann. Siapa tak kenal hahaha. Sama sekolah tapi tak pernah pun tegur. Allah izin, wujudnya facebook, kami berkenalan dan kami bersahabat. SAMPAI SEKARANG! Alhamdulillah.

Waktu dulu tak ada lesen kereta lagi, memang jarang jumpa. Waktu pertama kali jumpa, tahun 2011 di satu sekolah. Waktu tu, ada perlawanan bola jaring di peringkat Daerah. Masih simpan lagi gambar kali pertama kita jumpa :) Makin rapat bila Fida cakap dia nak berhijrah. Dulu dia pakai tudung biashe biashe jee. Dia cakap dengan naqiah, dia nak pakai tudung labuh tapi dia tak ada kekuatan. naqiah cakap dengan dia, "nak berhijrah ni memang susah. lagi lagi bila di sekeliling kita tak ada yang bertudung labuh. Don't worry, qia selalu ada untuk Fida". 

Naqiah hadiahkan dia satu tudung labuh warna hitam. Gigih weeehh malam-malam buta pergi rumah dia minta kakak bawa kan (tak ada lesen lagi) semata nak hantar tudung labuh tu. Nampak tak saya seorang yang sayang sahabat saya? hahaha. kenapa naqiah hadiahkan tudung labuh warna hitam? Sebab masa naqiah mula-mula nak berhijrah pakai tudung labuh, sepupu naqiah hadiahkan naqiah tudung labuh warna hitam :) sejak tu, sangat sayang dengan tudung labuh dan rasa lain kalau tak pakai. Biarlah orang kata "old school" tapi kita kena pakai sesuatu yang selesa dengan diri kita :)

Naqiah dan Fida pernah bergaduh sebab hal kecil je. Waktu tu, Fida join satu program untuk mantapkan bahasa English. Dia jumpa kawan-kawan baru. Entah kenapa, waktu tu rasa sedih dan emo bila Fida jarang mesej naqiah (tak ada whatsapp lagi waktu tu). Sampai satu hari tu, dia mesej tapi naqiah tak layan. Dia call, naqiah tak jawab. HAHAHA macam orang bercinta. Memang waktu tu terasa hati dengan dia. But at the end, naqiah jujur dengan dia dan berbaik semula. Dan benda tu berlaku sekali lagi. Tapi kali kedua, sebab naqiah jumpa kawan-kawan baru sampai lupa dia hahaha dia siap mesej lagi cakap "awak nak balas dendam dekat kita ke?" serious kelakar.

Sejak peristiwa tu, kawan naqiah adalah kawan fida dan kawan fida adalah kawan naqiah hehe. Semoga sentiasa istiqamah beb dan jadi sahabat qia dunia dan akhirat. Jangan lepaskan qia weh. hahaha. Bimbing i okaay beb.

Qia sayang Fida <3


Izyan Hazwani :) naqiah panggil dia, Yan. Lebih mesra, Yan Gemok hahahahaha. Sahabat pertama yang naqiah rapat masa sambung belajar diploma di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tahun 2013. Yan ni, mudah mesra dengan orang. Tapi orang yang sado sado je boleh tahan dengan perangai dia ni. Sebab apa? sebab dia suka cakap lepas beb hahaha. Dulu awal-awal kawan dengan dia, selalu gak ah gaduh. Selalu nangis. Tapi lama-lama, boleh hadap dah. Sampai bosan nak hadap hahaha.

Yan banyak ajar naqiah untuk jadi seorang yang berdikari. Yan banyak bagi nasihat untuk jadi lebih sado. Nasihat dia padu beb. Dia kalau nasihat, tak berselindung. TERUS KEPADA POINT. Sebab dia lah, saya jadi #EXOLover haha sebab dia lah saya minat SEHUN!!Ajar benda lagha je dia ni :p Yan ni dulu pernah jadi orang tengah naqiah untuk someone. Pernah cuba menjodohkan naqiah dengan someone juga tapi orang tu dah nak kahwin dah yeay tahniah! haha. Serious, banyak-banyak kawan. dengan Yan sorang je naqiah banyak kali gaduh dengan dia. Tapi susah nak gaduh lama-lama. 

Dia sangat memahami kawan-kawan dia. Dia tak pernah tikam kawan baik dia sendiri walaupun ada yang suruh tikam. Naqiah suka nangis depan dia. Bila nangis, dia tak pujuk dengan cakap "SABAR" tapi dia biar jeee naqiah habis nangis then dia akan tanya "kenapa? cerita dekat aku" :') lepas cerita semua masalah, jalan penyelesaian nya dia suka bagi yang tak masuk akal. sebab apa? sebab dia nak naqiah ketawa. Yan seorang kawan yang suka menghiburkan kawannya. 

Sekarang dah susah nak jumpa. Tempat belajar lain-lain. Tapi bila jumpa tu mashaAllah banyak benda nak cerita sampai tak ingat nak cerita apa hahaha. Sebab kitaorang kalau bergosip tak boleh gosip dalam phone. Rasa tak lepas. Bila jumpa baru lepas. Kadang-kadang tu, kalau ada something berlaku, tak terus cerita pun dekat whatsapp. Kitaorang akan "weh bila nak jumpa. ada benda nak cerita wehh" hahaha sampai berbulan-bulan simpan cerita semata sebab nak cerita waktu jumpa. Sanggup gila weh! hahaha.

Weh, jangan pernah putuskan hubungan kita k?

Aku sayang kau weh <3


Maisarah Nadhirah :) naqiah panggil dia Mai Gendut <3 Kenal waktu diploma semasa semester 2. Kenapa semester 2? sebab waktu semester 2, kelas naqiah kena berpecah masuk ke kelas lain sebab kelas naqiah waktu tu terlalu sikit dan pensyarah nak jimat masa untuk mengajar. Jadi, Allah temukan kami di kelas semasa semester 2. Tapi masa masuk kelas tu, tak rapat lagi. Hanya mampu pandang jauh-jauh. Mai kata dia takut nak tegur naqiah sebab muka naqiah garang HAHAHA yes i am garang. sebab tu jadi cikgu. hmm garang tapi hati lembut mudah nangis cehh.

Mai ni seorang yang sangat matang tapi tak tenang hahaha. Dia ni suka gelabah teruk. Teruk wehh gelabah dia. Aku pun tak faham kenapa dia gelabah teruk. Kadang-kadang tu, nampak laaa bila dia tahan gelabah dia hahaha tapi ramai orang sayang dia. Sebab dia ni mudah masuk dengan orang. Mudah sayang orang. Mudah menghiburkan orang. Kadang-kadang tu naqiah tenang la juga dengan dia. Sebab apa? sebab bila naqiah cerita masalah dekat dia. dia suka voice note dan hiburkan naqiah.

Kitaorang ada satu persamaan. Iaitu dagu panjang hahaha ada sorang lagi, Nu'man. Geng dagu panjang :D Pernah sekali tu, masa pergi vacation kitaorang bertiga tangkap gambar dagu bersama. HAHAHAHA k tak kelakar. Dengan dia, tak ingat la selalu gaduh ke tak. Tapi bila kitaorang gaduh, kitaorang banyak diamkan diri. Tak cakap apa. Then lepas tu okay semula. Dengan Mai ni, naqiah banyak nangis depan dia masa masuk degree. Kitaorang pernah satu kelas degree selama satu sem. Sem 2, dia dah sambung belajar dekat USIM. banyak nangis depan dia, sebab dia antara sahabat baik naqiah yang faham naqiah macam Fida dan Yan. 

Dorang punya perangai sama bila naqiah depan dorang. Suka cakap "wehhh qiaaa muka kau hodoh la kalau nangis!" kwajoo gila hahaha i pernah kot try nangis depan camera. okay memang hodoh hahahaahaa gigih beb.

Mai, jadi penghibur hati aku sentiasa k? dan sentiasa bersemangat untuk join program sekali dengan aku! hahahaha

Aku sayang kau Mai <3

**

Well, this is just some of my best friend. Ada lagi. Tapi nanti naqiah sambung lagi ye? Selamat malam <3