Bidadari (Part 1)

Jumaat yang indah. Balqis membuka langsir biliknya sambil melihat langit yang cerah. SubhanaAllah! Ciptaan Allah yang sangat indah. "Salam Jumaat awak," Balqis mengungkap kata-kata itu setiap kali Jumaat tiba. Sudah kebiasaan. Dulu akan disampaikan melalui sms tetapi sekarang hanya mampu ungkap didalam hati dengan harapan 'dia' akan mendengarnya.

"Balqis! Turun makan. Lepas tu kemas bilik tuh. Kemas barang-barang asrama. Bulan depan nak praktikal dah." Kedengaran suara Puan Rosenani, ibu kepada Balqis menjerit dari bawah.

"Baik mak. Balqis turun ni" , Balqis akur perintah ibunya.

Balqis memandang barang-barang asramanya. Balqis merasakan sekejapnya masa berlalu. Sudah 2 tahun lebih menuntut ilmu dan sekarang sudah hendak bergelar ustazah. Balqis bakal menamatkan diplomanya. Jika dia berjaya pada praktikal, dia sudah mempunya sijil Diploma Perguruan. Balqis mengucap rasa syukur tidak terhingga pada Allah kerana memberi peluang untuk dia berjaya hingga ke hari ini.

Mata Balqis terhenti pada sebuah kotak bentuk hati. "Oh kotak itu...."

"Balqis! Turun makan dulu! Haih anak dara ni... Buat apa lama-lama kat atas tu" , Puan Rosenani memanggil.

"Baik mak! Maaf. hehe" Balqis tanpa membuang masa terus mendapatkan ibunya.

***

Balqis memandang ke luar tingkap. Oh angin... damainya engkau. Balqis memejam mata. Teringat akan perbualan bersama ibunya ketika makan pagi tadi.

"Balqis, dah ada calon ke belum?"

"Calon? Calon apanya mak?" , Balqis faham cuma....

"Haih budak ni. Takkan la tak faham. Calon suami laaa" 

"Muda lagi mak." Balqis seakan tidak mahu membicarakan hal itu. Sakit. Perit. Ya Allah! Kuatkan hati ku..

"Muda ? Haih Balqis. Dulu bukan main kata nak tunang awal. Nak kahwin awal. Bila mak tanya ada calon ke tak, hang kata muda lagi. Pelik ni...." , Puan Rosenani kehairanan.

"Ala mak... Sembang pasal hal lain la" 

"Balqis, mak bukan apa. Ada orang meminang kamu ni haa. Mak tak mahu la bagi jawapan apa-apa kat orang tu. Ye laa.. takut Balqis ada calon. Macam mana ?" Puan Rosenani seorang ibu yang sangat memahami anaknya. Puan Rosenani tidak akan buat apa-apa keputusan tanpa persetujuan anaknya.

"Nanti la mak. Balqis fikirkan" Balqis memandang makanan dengan rasa hiba.

Balqis tersedar dari lamunannya. Tanpa disedari, air matanya mengalir tenang di pipi gebunya. Balqis terus menyapu air mata tersebut. Ah kenangan! Kenapa kau tidak mahu pergi! Aku masih cintakan dia kah?.... Balqis memandang kotak berbentuk hati. 

"Ya Allah... kenapa tiba-tiba aku rindu dia?" Balqis memegang erat kotak berbentuk hati tersebut. 

"Okay Balqis.. tenang. Istighfar Balqis" Balqis cuma tenangkan diri.

Balqis membuka kotak berbentuk hati tersebut. Didalamnya, terdapat sepucuk surat, sekeping gambar, sebuah kad raya, sebuah kad birthday dan secebis kertas. Balqis tersenyum. 

"Masih elok lagi. Pandai aku jaga. Alhamdulillah...." Balqis membuka surat tersebut. Air mata Balqis mengalir saat terlihat nama si 'dia' yang pernah berada di hatinya. Ataupun masih berada di hatinya? Balqis bingung dengan hatinya sendiri.


"Assalamualaikum Permaisuri Datin Seri Paduka Doctor Miss AIRYSHA BALQIS........"

Balqis mengimbas kenangan yang silam....


bersambung~

No comments:

Post a Comment