Bidadari (Part 2)

"Eh ni gambar Ikmal tapi kenapa nama facebook ni Adam?" Balqis tertanya-tanya.

"Eh handsome sangat ke Ikmal ni sampai si Adam ni nak curi gambar Ikmal ni?" 

Balqis ketawa sendiri apabila melihat gambar Ikmal yang dijadikan profile picture di facebook insan yang bergelar Adam Marzuki. Ikmal pernah satu sekolah dengan Balqis ketika mereka di tingkatan 1. Balqis menekan klik "Add Friend" facebook insan bernama Adam Marzuki.

"Add je lah. Kalau dia approve, aku tanya nanti" Balqis membuat keputusan.

***

Adam Marzuki accepted your friend request. Write on Adam Marzuki's timeline

"Assalamualaikum. Hye. Can I ask You something? Kenapa gambar kat profile gambar Ikmal? By the way, Ikmal kawan lama. Satu sekolah dengan dia dulu. Pelik la letak gambar Ikmal. Kat profile Ikmal tu gambar Adam ke? Maaf bertanya" Balqis memulakan conversation antara dia dan Adam setelah Adam terima menjadi 'kawan' di facebook.

"Waalaikumussalam. Tak apa... I know Balqis like Ikmal. And I know everything about Balqis. Sebab letak gambar Ikmal sebab dia my BESTFRIEND. Memang patut pun Balqis risau pasal dia. Semoga korang berdua ceria selalu. p/s : Jaga my BFF baik-baik." Adam membalas.

Haih mamat ni. Melampau nampak. Tang mana aku suka si Ikmal ni! , Balqis menahan geram.

"Jap ! Hey apa ni... Balqis dengan Ikmal tak ada apa-apa lah! Kawan je. Yang tentang LIKE Ikmal tu, tu dulu. Masa form 1. Sekarang dah form 4. Dah lama dah. 'SEMOGA KORANG BERDUA CERIA SELALU' ? Hahaha. Kami tak ada hubungan apa-apa okay. Jaga Ikmal? You should take care of him sebab BFF kan. Okay? Paham?" Balqis menahan geram. 

"Okay relax relax! Hahaha. Relax la. Dont take it serious. Hidup ni kena ada gurau-gurau. Sorry okay?" Adam meminta maaf. Adam tahu kisah Balqis tapi Adam tidak mahu ungkit kisah itu. Kisah lama. 

"Ikmal, untungnya kau dapat perempuan yang cantik yang suka kat kau" Adam berkata sendiri sambil memandang gambar insan yang bernama Airysha Balqis.

***

Tok tok tok...

Balqis tersedar daripada mengelamun apabila pintu biliknya diketuk.

"Balqis, nanti tolong ambil Afif di sekolah ya. Mak nak ke Giant beli barang dapur sikit." Puan Rosenani mengarah.

"Baik mak" Balqis akur.

Balqis memandang surat yang diberi oleh Adam Marzuki suatu ketika dahulu. Sudah 5 tahun Balqis menyimpan surat tersebut. Masih elok masih cantik. Ini lah surat pertama dan surat terakhir dari Adam Marzuki.

"Ya Allah... Adam, aku rindu kau" Balqis menangis. 


Profile picture adalah 'sebab' mereka dipertemukan. Mungkin itulah ketetapan Illahi. Cara mereka kenal kerana 'gambar' di facebook. 

"Adam... kalaulah aku tidak add kau di facebook, sudah tentu aku dan kau tidak kenal antara satu sama lain. Kenapa Allah temukan kita?" Balqis teringat semua kenangan di awal perkenalan dia dan Adam.

***

"Balqis, nak nombor telefon....."


bersambung~

No comments:

Post a Comment